['

Jumaat, 30 November 2012

1. Basic MPRC (Konsep dan Teori)

MPRC, iaitu Marking price, adalah teknik yang mana menggunakan Horizontal Line untuk membuat tanda aras harga. Terdapat 10 garisan didalam MPRC. 


  1. Monthly High & Low
  2. Weekly High & Low
  3. Daily High & Low
  4. H4 High dan Low
  5. H1 High& Low

Bagaimana cara untuk Marking , akan dijelaskan didalam post yang seterusnya.

Beberapa penting anda perlu tahu sebelum belajar Marking Price.

Terdapat beberapa singkatan/perumpamaan yang sering disebut didalam Group MPRC iaitu:


BP - Big Player (Pengembala)
Big player dianggap sebagai satu institusi yang lebih besar daripada bank, yang mana mampu mengubah ataupun melepasi garis MPRC.

RT - Retail Trader (Kambing)
Retail Trader pula adalah kita, dimana, mengikut teori MPRC, hanya layak bermain didalam kandang.


Kandang - Marking Price
Kandang dan Marking Price adalah benda yang sama. Marking price adalah kandang dimana, tempat untuk RT bermain.


Teori MPRC lebih mudah difahami begini:

Kambing (RT) hanya boleh bermain didalam kandang (MPRC) yang dibuat oleh pengembala (BP). 

RT boleh bermain diluar kandang, jika dibenarkan oleh BP. Namun, kebanyakkan kali terjadi dimana, jika RT bermain diluar Kandang, ia akan dihalau balik oleh BP.

Bagaimana mengenal BP?
BP hanya boleh dikenalpasti di TimeFrame (TF) H1. Ianya bersaiz 30pip dan keatas.

Contoh bergambar:









2 ulasan:

cikgu, jika ditembus (dicerobohi) BP sekiranya kandang diganti,,,
nah, pada penjelasan, cikgu menggambarkan bahwa yang ditembus adalah kandang MPRC1...dan itu harus diganti jika BP menembus kandang MPRC1...
pertanyaan saya adalah.
bagaimana jika kandang MPRC1 dan MPRC4 ditembus BP sekaligus, karena kandang berhimpitan...
mohon pencerahanya cikgu arejug atau cikgu safwan.. :).
terimakasih..

Klo kandang ditembus, kapan kita boleh ganti kandang ya?

Catat Ulasan

Kalendar Ekonomi

Currency Cross Rates

SuperForex