['

Selasa, 18 Disember 2012

Persiapan 2013

Sejak personal coaching dimulakan, saya dapat jumpa ramai orang yang masih menggunakan MPRC. Silent trader agaknya.. Dalam masa yang sama, ramai jugak yang dah pergi "test" teknik lain pulak..  Semoga berjaya..

Apa yang kita cari sebenarnya? Chart yang kosong, simple... Ataupun yang macam2 garisan yang sebenarnya kita tak tahu guna pun.. Kalau kita tahu guna pun, kita tak "setia" pada garisan2 indikator tu? 

Menjelang tahun 2013, apa kata kita tetapkan azam pada trading kita. Apa kita nak jadi.. Contohnya, nak trade MPRC.. Nak swing ker? Nak scalping ker? Ataupun nak tengok jer.. Then.. Kita plan plak.. Nak tgu di MPRC 4 ker.. Daily ker.. Ataupun weekly.. 
yang trade guna teknik lain, contohnya TBST, cuba pikir.. Nak tgu candle bank ker.. Nak tgu smart trade ker..  Apa2 pun teknik, pilih la satu.. Takyah tamak2..amik satu trading teknik, plan dan execute.


Lepas tu, apa kita nak? Apa target kita? Belanja bulanan ker.. Nak beli keta baru ker.. Nak selesaikan hutang ker.. Pastu kita kira jer secara kasar. Baper kita nak.. Berapa modal dan risk yang sepatutnya.. Mampu tak kita buat macamtu berdasarkan pada masa yag kita ada.. Komitmen yang kita oleh bagi.. Cuba plan betul2.. Jangan main terjah jer..

Ni asal tanya jer.. Nak jadikan $100 ke $10k. Apa jenis plan nih? Judi? Soalan saya.. Berapa lama yang kita peruntukkan untuk dapatkan target kita tu? Apa daylight limit kita? Apa risk kita sekali entry? Baper kali leh entry sehari? Sebulan? Mampu tak kita bagi komitmen pada plan kita tu? 

Dalam hidup pun kita rancang semuanya.. Jadi..sama jugak dengan trading..? Lojik tak? Jadi, ubah lah cara. Semua orang nak jadi professional trader.. Tapi, professional sangat ker kalau trade pun takde SL? Takde plan? Entry takde MM, tak ikut MM? Kat mana professionalisma nya? Professional sebab tahu trade jer? Tu bukan professional bang.. 

Pesanan ni, untuk apa jua teknik, MPRC  ker.. TBST. Ker.. Luminous ker.. Semua sama jer.. Trader jugak.. Apa2 pun, bukan teknik yang penting.. Tapi plan trade kita.. Kalau tak pandai trade, gi belajar lagi. 

Kesimpulannya, plan teknik yang kita nak guna, plan mm, plan target dan goal..then kita start trade.. Tulis semua atas kertas manila tu..tampal kat dinding.. Senang untuk kita ingatkan diri sendiri.. 


Apapun, Selamat datang 2013.. Selamat tinggal 2012.. 

0 ulasan:

Catat Ulasan

Kalendar Ekonomi

Currency Cross Rates

SuperForex